~Sekadar Perkongsian Bersama~
Ya Allah....
Jika hatiku tidak ikhlas melakukan amal ibadah...
Jika hatiku riak terhadap kelebihan yang Kau berikan...
Ingatkanlah aku bahawa Kau telah memberikanku pilihan...
destinasi abadi antara syurga atau neraka...
Ya Allah...
Ingatkanlah aku bahawa dunia ini medan ujian...
Ingatkanlah aku bahawa akhirat itu tempat menuai hasilnya...
Bimbangkanlah aku bahawa hari esok belum pasti menjadi milikku...
Kerana mungkin aku tidak akan terjaga lagi...
Ingatkanlah aku bahawa kain putih itu pakaian terakhirku...
Sedarkanlah aku bahawa akulah bakal penghuni kubur...
Yang bakal disoal Munkar dan Nakir...
Sedarkanlah aku bahawa azab kubur itu dahsyat,
Agar aku terjaga daripada lamunan dan ketawaku,
Menangis menyesali dosa-dosa lalu..
Ya Allah...
jangan biarkan cintaku kepada keluargaku...
jangan biarkan cintaku kepada sahabat-sahabatku...
jangan biarkan cintaku kepada kenikmatan duniawi...
lebih aku cintai daripada cintaku kepada-Mu...
tetapi Ya Allah...
cintakanlah aku kepada kematian,
kerana hanya itu yang bisa membawaku...
lebih dekat kepada-Mu...
Ya Allah...
ighfir dzunuubi...ighfir dzunuubana..
Rasulullah SAW ada bersabda, "ALLAH SWT mempunyai seratus rahmat (kasih sayang), dan menurunkan satu rahmat (dari seratus rahmat) kepada jin, manusia, binatang, dan haiwan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbelas-kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan (ALLAH SWT) menangguhkan 99 bahagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada hari kiamat nanti." (H.R. Muslim)
"SENYUM" ringan tak bersuara tapi, penuh makna.
"SENYUM" murah tapi, tak ternilai dengan rupiah.
"SENYUM" tak butuh tenaga tapi, besar motivasinya.
"SENYUM" hal yang mudah tapi, selalu nampak indah.
"SENYUM" 1 hal yang biasa tapi, bisa jadi spesial.
"SENYUM" ibadah yang paling mudah tapi, berpahala setara dengan sedekah.
Penuhilah hari2 kita dgn senyuman manis agar semua org ikut tersenyum karena kita.
Keep our smile
(^_^)
WAHAI LELAKI,,
jika kamu mengatakan kamu CINTA dan SAYANG kan seseorang WANITA,, kamu,,
SEPATUTNYA : menjaga maruahnya, memelihara dirinya, menghormati dirinya dan mengcegahnya drpda melakukan kemungkaran,..
BUKANNYA : menjatuhkan maruahnya, merosakkan dirinya, memperlekehkan dirinya dan menjerumuskannya k arah kemungkaran.. ^_^
~Gf ZBz was here~
No comments:
Post a Comment