Tuesday, 16 August 2011

~Nabi Muhammad S.A.W Melarang Umatnya Mengahwini 6 Jenis Wanita~

Nabi Muhammad S.A.W Melarang Umatnya Mengahwini 6 Jenis Wanita

sabda Rasulullah SAW dari sepotong hadis yang bermaksud:
"Janganlah engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah,dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

...Wanita Ananah:
Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat² sakit.

Wanita Mananah:
Suka membangkit² terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".

Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya. Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.
 

No comments:

Post a Comment