Ombak Rindu vs kungfu Panda
RENUNG-RENUNGKAN LAH...
via Ustaz Hasrizal :"Adik-adik, tontonlah Kungfu Panda, ia jauh lebih membangkitkan iman. Di dalamnya tiada 'Muslim' tetapi ada banyak Islam. Jangan layan Ombak Rindu, dalam filem itu ada Muslim(s), namun tiada Islamnya"
Memetik kenyataan Ustaz Hasrizal ini, suka saya mengulas sedikit animasi Kungfu Panda yang telah saya tonton. Terutama Part II. Benar, dalam Kungfu panda tidak ada Muslim (Orang Islam), tetapi ada Islam di dalamnya. Kadang2 kita hairan bagaimana sebuah produksi filem dari Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi mengetengahkan sejarah2 yang termaktub di dalam Al-Quran.
Berbalik kepada Kungfu Panda II, kita sendiri dapat melihat bagaimana 1 watak (burung merak) yang telah bermimpi bahawa dia dan delegasinya akan dihapuskan oleh seekor panda jantan yang bakal lahir. Lalu, si merak mengarahkan kepada bala tenteranya untuk membunuh semua bayi2 panda beserta ahli keluarga panda yang lain. Ketika saat2 cemas ini, seekor ibu panda baru sahaja melahirkan seekor panda comel. Lalu, ibunya nekad membawa anaknya lari, diletakkan di dalam bakul dan dihanyutkan di sungai. Panda kecil di dalam bakul terus hanyut dibawa arus air sungai sehinggalah ditemuii oleh seekor angsa pembuat mee.. :) Lalu dia dibesarkan oleh si angsa berkenaan. Dari seekor panda yang tidak ada apa-apa, diajar membuat mee dengan teknik 'rahsia', sehinggalah menjadi Hero yang berjuang menentang kezaliman dan membantu mereka yang dizalimi.
Ya, sudah pasti terlintas di fikiran kalian Kisah Nabi Musa bukan. Sangat mirip. Dan ia semuanya diceritakan di dalam Al Quran. Si pembuat filem Hollywood khususnya pembikin filem animasi mengangkatnya ke layar perak dengan nilai2 yang cukup hebat.
Benarlah kata Ustaz Hasrizal, Kungfu Panda lebih membangkitkan iman.. :)
wa tak terfikir pulak kaitan kungfu panda ngan kisah Nabi Musa.. nica :)
ReplyDelete