Tuesday 29 November 2011

~Takdir??~

~✿Jika sesuatu itu milik kita, sesulit apa pun jalannya..pasti akan menjadi milik kita, kerana memang ianya untuk kita...

~✿Tetapi, jika sesuatu itu bukan milik kita, walaupun mudah jalannya...walau bersusah payah kita ingin mendapatkannya, tidak akan pernah jadi milik kita...kerana memang ianya bukan untuk kita..."

~✿”….dan boleh jadi kamu membenci akan sesuatu,sedang ia baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu…
Dan ALLAH mengetahui tetapi kamu tiada mengetahui”
(Al-Baqarah:216)

>>>Everything Happens For A Reason….

>>>Just Believe It…

SETIA?


~✿ Kadangkala TERDENGAR dari mulut orang yang ber’couple’ :
“Aku ni jenis yang setia!”
Tertanya di lubuk hatiku, SETIA pada SIAPA SEBENARNYA? ✿~
...
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari PERUT ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun; dan dia mengurniakan kepada kamu PENDENGARAN dan PENGLIHATAN serta hati (akal fikiran); supaya kamu BERSYUKUR.”
(Surah Nahl : 78)

>>> Dia menciptakan CINTA untuk menghiasi hati-hati manusia dan DIA juga mencipta RASA untuk MENYEMPURNAKAN lagi keindahan cinta..cinta adalah KEKUATAN, cinta adalah KEHIDUPAN, cinta adalah FITRAH..bagi manusia biasa, cinta manusia cukup indah dan sempurna..tapi, bagi hamba Allah yang SOLEH..cinta Allah itu adalah segalanya..cinta manusia akan hilang, cinta Allah KEKAL buat selamanya..SENYUMLAH atas segala takdir kerana DIA sentiasa tentukan yang terbaik untukmu..manusia mengecewakan kita tetapi ALLAH TIDAK PERNAH mengecewakan hambaNYA, maka..SETIALAH pada cintaNYA..♥♥♥

~Kata Mereka~

Kata Ustaz→ cinta itu anugerah
Kata Polis→ cinta itu sukar ditangkap
Kata Doktor→ cinta xdapat utk diubati
Kata Guru→ cinta xboleh utk dipelajari
Kata Hakim→ cinta xboleh dihukum
Kata Orang→ cinta itu indah
Kata Rangga→ ada apa dgn cinta
Kata Radja→ benci bilang cinta
Kata Agnes Monica→ cinta xada logika
Kata Allah→ cinta itu milik-Nya ^_^

--█▀▀█─█────█────█▀▀█─█──█─
--█──█─█────█────█──█─█──█─
--█▀▀█─█────█────█▀▀█─█▀▀█─
--█──█─█▄▄▄─█▄▄▄─█──█─█──█─

Wednesday 23 November 2011

Jenis-Jenis Cinta

✿ •*¨`*•✿ ƸӜƷ ❤ ƸӜƷ ✿
Cinta selayaknya seperti rama-rama...
Semakin dikejar, semakin jauh ia meninggalkan kita..
Biarkan rama-ramamu terbang ke mana saja ia suka...
apabila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu..
ia bakal mengibaskan sayapnya...
ke arahmu tanpa kau sangka2...

✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸✿ ✿¸.•❤
Cinta manusia itu urusan Dia..
Cintakan Dia itu urusan kita..
Jangan sibukkan diri dengan urusan Dia..
Sedangkan kita gagal menyempurnakan urusan kita...

✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸✿ ✿¸.•✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸
Tuhanku... (◕‿◕)
Usah biarkan hatiku tertambat pada cinta yg belum tentu menjadi milikku...
Tenangkan diriku yg terbuai akan cinta...
Sucikan nuraniku yg terbelenggu oleh nafsu...
Bersihkan batinku yg ternoda oleh angan dan harap..
Ya Allah..leraikanlah dunia yg hinggap dlm hatiku..
kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta...
Hanya CinTaMu,ALLAH yg kuharap bercambah hingga ke syurga hakiki.
Amin ya Rabbal Alamin..
♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪(¯`*•.¸,¤°´`°¤,¸.•*´¯)♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪

I'm Bad in...But....

I'm bad in English,
but I can tell you''I love you''♥

I'm bad at Geography,
but I can tell you that you live in my heart♥
...
I'm bad in history,
but I can remember when I first saw you♥

I'm bad in chemistry,
but I can tell what�s the reaction when you smile..♥

I'm bad in physics,
but I can tell the intensity of spark of my eyes when they see you♥

I'm bad in every subject,
but I can top the subject if my topic is"<3YOU♥"

Tuesday 22 November 2011

~Sebuah Kisah~

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.


Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."


Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

Bahagianya~

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

..Antara..

antara keimanan dan kekufuran
antara hidayah dan kesesatan
antara cahaya dan kegelapan
antara keberkatan dan sumpahan
antara keredhaan dan kemurkaan
antara syurga dan neraka

rata-rata inginkan pilihan pertama

namun

adakah buka aurat boleh membantu?
adakah zina boleh membantu?
adakah derhaka boleh membantu?
adakah syirik boleh membantu?
adakah khurafat boleh membantu?
adakah KEKUFURAN boleh membantu?

TIDAK

tetapi ramai yang masih melakukannya.
renungan petang~~ :))

IBLIS, SYAITAN DAN JIN


Jin , iblis dan syaitan adalah antara makhluk ciptaan Allah selain malaikat dan manusia. Menurut Al-Quran, jin dicipta sebelum manusia (15, Al Hijr:26-27)

26. dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat Yang kering, Yang berasal dari tanah kental Yang berubah warna dan baunya.

27. dan jin pula, Kami jadikan Dia sebelum itu, dari angin api Yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.

Syaitan

Dari segi definisi syaitan yang boleh diguna pakai dan disepakati ulama ialah:

“Semua yang membangkang (ingkar) baik jin, manusia mahu pun binatang/kuman dinamakan syaitan”. Dari definisi ini dapatlah dikatakan bahawa pelaku sesuatu yang buruk atau sesuatu yang tercela dari sisi Islam adalah syaitan sama ada manusia atau jin (atau juga binatang / kuman).

Jin

Nama jin diambil sempena asal kejadiannya yang tersembunyi daripada mata manusia, iaitu asal dari kata kerja “janna” yang bermaksud tertutup, terselindung dan tersembunyi.

Jin tergolong dalam dua golongan , iaitu jin beriman dan jin kafir berdasarkan Al-Quran Surah Al-Jin (Q72:1-4; 14-15)

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, Bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran Yang Aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya Kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) Yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!

2. `Kitab Yang memberi panduan ke jalan Yang betul, lalu Kami beriman kepadaNya, dan Kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk Dengan Tuhan kami.

3. `Dan (ketahuilah Wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.

4. `Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) Bahawa sesungguhnya: (ketua) Yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata Yang melampaui kebenaran;

14. `Dan Bahawa Sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan Yang berugama Islam, dan ada pula golongan Yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan Yang benar; maka sesiapa Yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan Yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan Yang benar,

15. ` adapun orang-orang Yang menyeleweng dari jalan Yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka jahannam. '

Termasuk dalam golongan jin kafir ialah nama-nama seperti Ifrit, Iblis dan Qarin.

Jin adalah makhluk halus yang diciptakan Allah dari api. Jin yang membangkang dan ingkar serta mengajak kepada kederhakaan kepada Allah adalah satu jenis syaitan. Manusia yang derhaka dan mengajak kepada kederhakaan juga adalah syaitan. Jadi syaitan tidaklah semestinya hanya diwakili oleh golongan jin tetapi ia juga diwakili oleh manusia. Sebagai latihan, adakah Firaun dan George Bush boleh dipanggil syaitan??

Syaitan dengan penjelasan ini boleh terdiri dari jin atau manusia. Kedua-dua golongan ini mempunyai sifat yang berbeza tetapi tugas yang sama iaitu menyebarkan keingkaran dan kederhakaan serta kerosakan di muka bumi. Apa yang dinyatakan ini amat selari dengan firman Allah dalam Al-Quran surah Al An’aam:112 dan An Naas:1-6

112. dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa Yang mereka ada-adakan (dari perbuatan Yang kufur dan dusta) itu.

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.

2. "Yang Menguasai sekalian manusia,

3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

4. "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, (Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi)

5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, -

6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

Justeru, manusia sewajarnya tidak berkawan dan berurusan dengan jin. Ini kerana mereka sentiasa sedaya upaya terhadap manusia agar melakukan dosa besar sehingga syirik kepada Allah.

Golongan jin itu akan menimbulkan masalah. Berikut adalah penjelasan Allah dalam Al Quran berkaitan meminta bantuan kepada jin::

"Tetapi ada lelaki-lelaki tertentu daripada manusia yang meminta perlindungan kepada lelaki-lelaki tertentu daripada jin, dan mereka (jin ini) menambahkan mereka dalam kekejian," (72:6)

Iblis

Iblis berasal daripada golongan jin seperti disebut Allah dalam Al-Quran Al Kahfi (18:50).

50. dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib Yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. amatlah buruknya bagi orang-orang Yang zalim: pengganti Yang mereka pilih itu.

Sememangnya manusia tidak mampu menguasai golongan jin. Bagi Nabi Sulaiman (AS), baginda dapat menguasai jin kerana diberi anugerah berbuat demikian dan ia adalah antara syariat dan mukjizatnya, Al-Quran An-Naml (Q27:17)

17. dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.

Dalam Al Quran perkataan Iblis hanya ditemui dalam bentuk tunggal (singular) yang membawa maksud satu iblis. Syaitan pula dalam Al Quran terdapat dalam bentuk tunggal iaitu syaitan dan bentuk jamak (plural) iaitu syayaathiin. Dengan ini bolehlah dijelaskan bahawa iblis adalah dari golongan jin yang asalnya satu (tunggal) yang menjadi asal usul keturunan bagi semua anak cucu syaitan dari golongan jin sehingga masa kini. Lihat Al Quran Al A’raaf:14

14. Iblis berkata: berilah tempoh kepadaKu hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".

15. Allah berfirman: "Sesungguhnya Engkau dari golongan Yang diberi tempoh (ke suatu masa Yang tertentu)".

16. Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) Demi Sesungguhnya Aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus;

17. "Kemudian Aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".

18. Allah berfirman: "Keluarlah Engkau dari syurga sebagai makhluk Yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka Yang menurutmu, tetaplah Aku akan memenuhi neraka jahanam Dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;

Dari keterangan Al Quran Al A’raaf:14-18 di atas, dapat ditafsirkan bahawa Allah telah memberi izin kepada iblis untuk panjang umurnya (hingga beribu tahun ?) untuk memainkan peranannya iaitu tidak lain dan tidak bukan untuk menyesatkan manusia dan jin lainnya.

Nabi SAW bersabda: “sesungguhnya syaitan (dari golongan jin) itu berjalan dalam diri manusia mengikuti perjalanan darah, maka dari itu aku khuatir bahawa syaitan akan melemparkan sesuatu kejahatan dalam hati kamu. (HR. Bukahri Muslim”).

Syaitan jin termasuk makhluk ghaib / halus yang dapat menyelinap ke segala tempat dalam keadaan bagaimanapun. Dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia mengikuti aliran darah sehingga ia dapat berleluasa menggoda dan menyebarkan kerosakan kepada manusia sebagaimana isyarat hadis di atas.

Dorongan kejahatan dalam diri kita boleh datang dari nafsu dan juga dari dorongan syaitan atau iblis. Sebenarnya adalah mudah untuk mengenali hasil tugasan mereka melalui tusukan ke hati ini. Namun yang lebih penting selepas ini adalah untuk mengenalpasti syaitan di kalangan manusia yang terus bertugas untuk menjerumuskan manusia ke neraka. Seorang manusia sukar menjadi jahat apabila terdedah kepada syaitan jin dan iblis semata-mata tetapi seseorang manusia amat mudah terjerumus kepada kejahatan hasil dari pengaruh syaitan manusia yang menjadi sahabatnya.

Ingatlah bahawa setiap kali kita melakukan kejahatan ingkar perintah Allah, Allah akan menghadiahkan syaitan dari golongan jin bernama Qarin yang menjadi satu lagi teman setia yang tidak lekang yang akan terus menggoda dan menjerumuskan pelaku ke neraka seperti ayat Al Quran Az Zukhruf 43:36

36. dan sesiapa Yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran Yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu Temannya Yang tidak renggang daripadanya.

~Puisi??~

..mengharungi samudera kehidupan
..kita ibarat para pengembara
..hidup ini adalah perjuangan
..tiada masa untuk berpangku tangan

..setiap titis peluh dan darah
..tak akan serna di telan basah
..segoris luka di jalan ALLAH
..akan menjadi saksi pengorbanan

..ALLAH adalah tujuan kami
..RASULULLAH teladan kami
..AL-QURAN pedoman hidup kami
..jihad adalah jalan juang kami
..mati di jalan ALLAH adalah cita-cita kami tertinggi...

...(JIHADKU AMANAHKU)...

~Swwweeettt~

Entahkan mengapa, biar ringkas bicara nya, seribu kesan di hati..

"Assalamualaikum," sana.
"Wa'alaikumussalam. Ada apa?" sini.
"Terasa macam nak cakap dengan seseorang," sana.
"Fasal apa?" sini.
"Sibuk ke? sana.
"Agak," sini.
"Ok," sana.
"Allah ada," sini.
"Tahu," sana.
"Allahlah tempat mengadu," sini.
"Ya baik," sana.
"Bangun. Malam ni. Jom sama," sini.
Senyap. Ada tangis di situ.
"Kan bagus kalau ade di sini," sana.
"Tak bagus pun," sini.
"Kenapa?" sana.
"Orang kata ukhuwah tu lebih manis bila jauh," sini.
"Bila dekat asyik nak gaduh," sana. Tergelak dalam sebak.
"Rindu sebenarnya," sini.
"Kenapa tak cakap?" sana.
"Saje. Nak didik sabar. Ada ujian yang jauh lebih besar tak lama lagi," sini.
Sana senyap.
Sini senyap.
Dan titis itu tumpah juga. Berjuraian.

salam terbaik ummat.....♥ ♥ ♥

~Hati Yang Unik~

Hati ini terlalu unik, hati ini amat sukar untuk dimengertikan. Ada ketika tenang dan tenteram. Kadang-kadang ia resah dan gelisah. Ada masanya ia bagaikan kosong tidak terisi.

Ada waktunya ia gagah dan perkasa, walaupun datang ujian bersilih ganti, walaupun ada kata-kata yang menggigitnya, namun ia tetap teguh tak terusik bak batu karang di tengah samudera.

Namun diwaktu ia lemah dan longlai, walaupun kata-kata yang sama diucapkan, ianya bagai dihiris sembilu. Bisanya menusuk hingga lubuk yang paling dalam.

Benarlah, hati itu berbolak-balik sifatnya bagaikan masakan di atas dapur yang mendidih dan menggelegak.

Itulah uniknya hati...benar-benar sulit dimengertikan.

يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك
"Ya Allah, Tuhan yang membalik-balikkan hati maka tetapkanlah hati kami pada agamamu."

~♥ 7 ayat cinta.



Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah SWT dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan

1. Bismillahhirrahmannirrahim: Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah: Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah: Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah: Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquataillahbillah: Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah: Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah: Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.
~Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah SWT.

~Cinta??~

Cinta Allah tak dapat ditukar ganti ..Cinta manusia silih berganti
Cinta Allah suci tulus hingga ke mati ..Cinta manusia selalu berakhir dgn benci
Cinta Allah menyubur ketaqwaan ..Cinta manusia penuh kemungkaran
Cinta Allah tinggalkan laranganNYA ..Cinta manusia meninggalkan syariatNYA
Cinta Allah menyegarkan keimanan ..Cinta manusia mengikis keimanan
Cinta Allah mengorbankan nafsu ..Cinta manusia mengorbankan tuhan
Cinta Allah menambahkan keimanan ..Cinta manusia menambahkan kelalaian
Cinta Allah mredhai ujian ..Cinta manusia meredhai kemaksiatan
Cinta Allah sepanjang masa ..Cinta manusia sekejap ada, sekejap tiada
Cinta Allah diiringi rahmat dan kurniaan Cinta Allah bersulam redha dan keampunan Cinta manusia meresahkan perasaan...~ CINTA ALLAH CINTA ABADI ~

Faktor Utama Lelaki ke Neraka


 Ahlan wa sahlan


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji
dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak
cukup kalau dengan hanya member kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke
neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat, puasa & menutup aurat? pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang
bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
(p/s; Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu,
dan jgn ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak… jika
membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat… dan tidak menutup aurat.)

4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya… maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.


(p/s; Duhai anak-anak lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. kerana ibu juga insan biasa… lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dari
menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah….. betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus
memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T maksudnya;
“Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu….”

TIP PERKAHWINAN



1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.♥♥♥

Pemotong Kayu Yang Jujur


Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......

Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...

Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...

Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...

"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.

Selepas kejadian tersebut..... selang bebarapa hari maka sihatlah semua akan isterinya. Seperti biasa mereka berdua pun dapatlah bersama-sama kehutan mencari kayu api...

Namun begitu, pada suatu hari di musim tengkujuh..... turunlah keduanya ke dalam hutan mencari kayu... Dalam perjalanan.... si isteri telah tergelincir lalu terjatuh dan hilang di dalam sungai. Maka menangis lah si tua akan kehilangan isterinya lalu menimbulkan simpati pari-pari di langit.

Lalu bertanyalah si pari-pari perihal kesedihan si tua tersebut... maka diceritakan lah akan kesedihannya kehilangan si isteri...... Lalu tanpa berlengah terjunlah si pari-pari ke dalam sungai...

Selang bebarapa minit timbul lah si pari-pari sambil mendukung siti nurhaliza dan bertanya kepada si tua tersebut. "inikah isterimu?..." Lantas si tua tersebut mengakuinya.." Ya..ya betul... inilah isteri hamba..."

Mendengarkan pengakuan yang tidak jujur tersebut..maka marahlah si pari-pari... "Pembohong.... ini bukanlah isterimu...aku sump"... belum habis si pari-pari berkata lalu si tua mencelah.

"Sabar...sabar.... ini sebenarnya adalah salah faham.... bukan niat hamba berbuat demikian"... dengan nada sayu si tua meneruskan kata-katanya. "Hamba khuatir jika hamba tidak mengakuinya..maka tuan hamba akan terjun semula beberapa kali lagi sambil membawa Siti Nurdiana, Maya Karin dan Pamela Anderson...hamba ini hanya lah si tua yang miskin tidak mampu memiliki kesemua mereka ini....."D

JIKA BERSAHABAT..


✿~ Jika bersahabat kerana Allah, jagalah KEAIBANNYA dan jangan merendahkan dirinya..
✿~ Jika bersahabat kerana Allah, NASIHATILAH dia dan bersedia MENERIMA nasihatnya..
✿~ Jika bersahabat kerana Allah, MAAFKANLAH dirinya..
✿~ Jika mengaku bersahabat kerana Allah, terimalah KELEMAHAN dan SIKAPNYA, seperti dia bersedia menerima kelemahannmu, jangan pula menjaja kelemahannya pada umum..

Jika kamu mengidamkan seorang SAHABAT SEJATI, maka BERUSAHALAH menjadi sahabat sejati kepada orang lain..InsyaAllah…♥

~7 Golongan~

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya. Tujuh golongan tersebut ialah:
1. Orang yang melakukan homoseks.
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani).
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yang menggangu jirannya.
(Riwayat al-Tabrani).

Sunday 13 November 2011

~Monyet Yang Baik Hati~


Sebuah kisah menarik semasa insiden letupan sebuah kilang di Nanjing, China pada 28 Julai 2010 lalu. Peristiwa nahas yang mengorbankan 13 orang dan mencederakan 300 orang ini menceritakan sebuah kenyataan yang menyedut banyak perhatian awam.

Semasa letupan di kilang tersebut berlaku, seekor monyet telah dirakamkan kamera semasa menyelamatkan seekor anak anjing dari lokasi letupan. Ia menggendong anak anjing sambil berlari keluar dari kilang tersebut.

Sekiranya peristiwa ini boleh mengetuk hati kecil kita, binatang juga boleh menunjukkan belas kasihan dan kebaikan kepada sesama mereka.

Kejadia letupan berkuasa tinggi tinggi itu terjadi ketika sebuah paip daripada kilang kimia di China terbakar pada tahun lepas. Letupan itu berlaku di Nanjing, ibu kota Wilayah Jiangsu, kira-kira pukul 10.00 pagi. Selain kematian dan kecederaan, letupan itu juga turut merosakkan kawasan sekitarnya. tingkap rumah, kedai dan pejabat rosak teruk dan memberi kesan sejauh 300 meter. Sementara penduduk yang lain menyangka telah berlaku gempa bumi.

Jangan lupa untuk tekan butang share selepas anda baca ♥♥

●●●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●⊰●●⊰●●●● 

~♥~Jodoh~♥~

►►►Rupa◄◄◄

✽ ✽ Jangan memilih Rupa..Tetapi bertanya..Adakah dirimu secantik Nabi Yusuf..✽ ✽

►►►Harta◄◄◄

✽ ✽ Jangan memilih harta..Tetapi bertanya..Adakah dirimu sekaya akhlak Nabi Muhammad s.a.w..✽ ✽

►►►Pangkat◄◄◄

✽ ✽ Jangan memilih yang berpangkat..Tetapi bertanya..Adakah diriku setinggi darjatnya disisi Allah S.W.T ✽ ✽

►►►Cantik akhlak..◄◄◄

✽ ✽ Memilih akhlak yang berbudi pekerti..Tetapi sebelum pilih..bertanya pada diri..Adakah dirimu berakhlak mulia..✽ ✽

►►►Inginkan Yang Hampir Sempurna..◄◄◄

✽ ✽ Jangan memilih yang hampir sempurna..Tetapi bertanya..Adakah dirimu hampir sempurna..✽ ✽

❣❣ Jadilah solehah andai kamu inginkan yang soleh..Jadilah soleh andai kamu inginkan yang solehah.Sesungguhnya..Allah Tahu Yang Terbaik untuk hambaNya❣❣

❝Nasihat ini..sering ku pegang..Agar diriku perbaiki diriku andai ingin yang terbaik..Diriku penuh kekurangan.Sungguh diriku hanya hamba Allah yang dhaif❞

❝Jangan Mencari Yang Sempurna..Kelak..Merana dirimu..Kerana Itu..Ramai Orang Tiada bernikah..Tiada Manusia yang sempurna..Tetapi terimalah mereka seadanya❞

❂❂الله❂❂✌(◕‿◕)"✌ ░▒▓ Mencari Keredhaan Ilahi ░▒▓ ✌(◕‿◕)"✌ ❂❂الله❂❂

Tuesday 1 November 2011

teka teki

* Binatang apa kepala besar belakang kecik?
- ikan bilis pakai helmet.

* Kenapa kura kura jalan lepas tu masukkan kepala dalam cengkerang?
- Sebab dia minum 100plus. (Rasa nak goreng orang tak?)

* Dalam satu aquarium, ada 10 ekor ikan. Seekor ikan mati. Isipadu air bertambah ke berkurang?
- Bertambah, sebab lagi 9 ekor tu menangis, so banyak air mata keluar. =.="

* Dalam banyak banyak ikan, ikan apa paling besar?
- Ikan paus goreng tepung. (Sebab lagi tebal daripada ikan paus biasa)

* Kuali apa yang baling besar dalam dunia ni?
- Kuali yang digunakan untuk goreng ikan paus goreng tepung.

* Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman ?
- LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik

*Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
- Pintu yang ade tulis ‘TARIK’

*Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
- Tahi hidung

*Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk
- Masukkan benang dalam jarum

*Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
- Lilin masa sambut EPI BESDAY

Very Heart Touching !!

-When U Were Only 5 Yrs Old, I Said I Love U...
*U Asked Me: "What Is It?"

-When U Were 15 Yrs Old, I Said I Love U....
*U Blushed.. U Look Down And Smile..

-When U Were 20 Yrs Old, I Said I Love U....
*U Put Ur Head On My Shoulder And Hold My Hand.. Afraid That I Might Disappear..

-When U Were 25 Yrs Old, I Said I Love U....
*U Prepare Breakfast And Serve It In Front Of Me, And Kiss My Forehead N Said : "U Better Be Quick, It’s Gonna Be Late.."

-When U Were 30 Yrs Old, I Said I Love U....
*U Said: "If U Really Love Me, Please Come Back Early After Work.."

-When U Were 40 Yrs Old, I Said I Love U....
*U Were Cleaning The Dining Table And Said: "Ok Dear, But It’s Time For U To Help Our Child With His/Her Revision.."

-When U Were 50 Yrs Old, I Said I Love U....
*U Were Knitting And U Laugh At Me..

-When U Were 60 Yrs Old, I Said I Love U....
*U Smile At Me..

-When U Were 70 Yrs Old. I Said I Love U....
*We Sitting On The Rocking Chair With Our Glasses On.. I’m Reading Your Love Letter That U Sent To Me 50 Yrs Ago..With Our Hand Crossing Together..

-When U Were 80 Yrs Old, U Said U Love Me!
*I Didn’t Say Anything But Cried.

We may not express it but when we say "I Love You" we want our partner also to say the same... there are many ways of expressing love but nothing can play the same magic that these 3 words can play when said in return ♥ ♥

NAK TAHU TAK KENAPA LELAKI NI SPECIAL SIKIT?

Isteri: abang! abang! abang tahu tak yang abang adalah orang paaaaaaaaaaling special dalam hidup saya!

Suami: betol ke ni yang? cuba cerita kenapa yang cakap macam tuh?

Isteri: Sebab abang ada “telur”. (sambil buat muka tak tahan ketawa)

Suami : haa? apa kaitan telur abang dengan special pulak?

Isteri : apa laa abang ni....kan ke kalau kita beli burger jenis special,mesti ada letak telur kan..sama jugaklah dengan abang.takde telur makna tak special lah

Suami : (dalam hati berfikir, konyolnye bini aku ni, memang nak kena bini aku malam ni!)

MITOS MENARIK DUNIA

1. Pada zaman dahulu, orang2 nicaragua percaya, jika mereka melemparkan wanita muda yang cantik kedalam gunung berapi, maka gunung tsb akan berhenti meletus.

2. Menurut mitos ada kota di scotlandia yg muncul secara aneh sehari dalam 100 tahun, nama kota itu adah Brigaddon.

3. sekitar Tahun 1700 di eropah anda boleh membeli insuran jiwa, jikalau anda masuk neraka..

4. Adalah tabu di cina kuno jika memberikan sandal jerami sebagai hadiah, karena itu dihubung2kan dengan kuburan dan membawa sial.

5. Suku Aztec percaya batu Turquoise (batu pirus, warnanya hijau ke biruan) dapat melindungi mereka dari serangan fisik, maka dari itu para prajurit2 aztec menggunakan batu2 ini untuk mendekorasi taman2 mereka.

6. Banyak pelaut percaya jika ada kucing yang naik ke kapal mereka, itu bererti mereka akan bernasib baik dalam perjalanan.

7. Untuk mencegah anak2 laki2 mereka dirasuki roh jahat, zaman dulu kala orang2 eropah memakaikan baju berwarna biru pada anak2 nya, biru dipilih karena itu adalah warna langit, dan dihubung2kan dengan roh2 yg berada di surga, sedangkan anak2 perempuan nya dipakaikan baju2 berwarna pink.

22 CIRI PEREMPUAN M*RAH*N

 (COPY PASTE FROM syurgaituindah.blogspot.com)

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew'

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam bodo kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying!

6. Kau pakai baju nampak lurah kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa.

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..

9. Macam bodo bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'

11. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..

13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'

16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka bodo

17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..

18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?

19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..

20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau

21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..

22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau

7 PERKARA

1.Bismillahirrahmanirrahiim
Setiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah
Setiap habis melakukan sesuatu.

3.Astaghfirullah
jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.Insya Allah
jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah
bila tidak bisa melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun
jika melihat/menghadapi musibah.

7.Lailaha illallah
bacalah siang & malam sebanyak2nya.


Rasulullah bersabda:

“Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."

HIDUP INI BANYAK KADANG-KADANG

kadang-kadang hidup ni macam makan Cadbury,
baru je kejap tadi bukak,
sekarang ni dah habis.
macam hidup jugak,
rasa macam baru je semalam sampai rumah,
hari ni dah nak kena berangkat balik.

kadang-kadang hidup ni macam takal beroda,
bila orang tarik kita naik,
bila orang tak tarik kita pun tak bergerak.
macam hidup jugak,
bila ada yang kita kena buat, kita buat,
kalau yang kita tak kena buat,
kita duk diam-diam. nanti orang cakap menyibuk je kau ni.

kadang-kadang hidup ni macam sang kancil dengan buaya,
buaya nampak ganas tapi sebenarnya bodoh,
kancil nampak lemah tapi sebenarnya pandai.
macam hidup jugak,
luar orang nampak lelaki kuat tapi sebenarnya ego je lebih,
orang pulak fikir perempuan ni lemah tapi sebenarnya tu cuma luaran.

kadang-kadang hidup ni sangat banyak kadang-kadangnya,
sehinggakan kita tak boleh nak berharap,
sebab kadang-kadang ia macam tu, kadang ia macam ni.

Kisah Pisang Dan Hati

Kisah Pisang Dan Hati (Sila baca apabila kebencian selalu bertakhta di hati)

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Note :

Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.-facebook

BANG !! JOM BUNUH SYAITAN !!

LAWAK - SEBAB NAK PAHALA BANYAK - BANG !! JOM BUNUH SYAITAN !!

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.... ...

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/ bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"

20 FAKTA UNIK ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

1. Rata-rata perempuan tidur lebih lama 1 jam pada waktu malam berbanding lelaki.

2. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan bercakap, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.

3. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi (gangguan) waktu mengandung bayi lelaki berbanding bayi perempuan.

4. Rata-rata berat otak lelaki lebih berat 1,4 kg daripada berat otak perempuan.

5. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan oleh lelaki.

6. Perempuan kurang mampu menahan sejuk disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu bilik yang lebih hangat.

7. Lelaki lebih suka bercakap secara terus terang sesuai tujuannya, sementara percakapan perempuan terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logik ) lebih sedikit pada perempuan. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada perempuan.

8. Perempuan lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

9. Perempuan mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada lelaki.

10. Kemampuan indra lelaki untuk merasa rasa masam, manis dan masin lebih rendah daripada perempuan.

11. Lebih dari dua kali ganda perempuan cenderung homoseksual (menyukai sesama jenis) pada usia 45 tahun daripada lelaki.

12. Pada saat usia tua perempuan mengalami keguguran rambut, pada usia yang sama sebahagian besar lelaki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen (hormon lelaki ).

13. Berselisih dengan perempuan pada tempat orang ramai, lelaki menghadapkan tubuhnya menghadap perempuan yang dilewatinya. Perempuan cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada

14. Kira-kira 48% lelaki berdengkur ketika tidur, manakala perempuan hanya 22%.

15. Lelaki lebih banyak memilih warna merah, dan perempuan warna biru.

16. Perempuan rata-rata menghabiskan masa di toilet selama 153 saat berbanding, lelaki 113 saat.

17. Satu berbanding empat, perempuan dibanding dengan lelaki yang bercakap adalah gagap.

18. Penyelidikan di Amerika, perempuan menggunakan waktu hampir 2 kali ganda untuk berbelanja berbanding lelaki.

19. Perempuan secara umum lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

20. Penyelidikan yang dilakukan di England, anak lelaki lebih mudah dibohongi/diperdaya daripada anak perempuan.

5 LARANGAN SEMASA TIDUR

Manusia dapat bertahan 2 minggu tanpa makan, tetapi hanya bertahan 1 minggu saja tanpa rehat. Tidur adalah waktu istirehat yang sangat baik, dengan tidur organ-organ tubuh kita dapat beristirehat. Kekurangan tidur dapat merosakkan organ dan otak kita.

1. Jangan Tidur Pakai Jam Tangan
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

2. Jagan Tidur Pakai Coli (buat perempuan)
Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.

3. Jangan Tidur Bersama Handphone
Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem syaraf kita

4. Jangan Tidur Dengan Make-Up
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas

5. Jangan Tidur Dengan Suami / Isteri Orang
Ini kerana anda mungkin tidak akan bangun-bangun lagi.

82 RAHSIA TAHI LALAT

1. Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita
6. Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
7. Leher di tengah - Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas
11. Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri - Malas dan suka duduk
14. Betis kanan - Suka berhibur, boros
15. Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur
16. Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri - Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun
21. Kening kanan - Cerdas dan cekap
22. Kening kiri - Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri - Suka berfoya-foya
26. Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat
30. Batang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31. Pada hidung - Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan - Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama
35. Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua
36. Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan
37. Tumit kiri - Baik budi
38. Alis kanan - Suka menolong dan baik hati
39. Alis kiri - Ramai yang suka
40. Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat
41. Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun
42. Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh
43. Jari kaki kanan - Suka menolong
44. Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik
45. Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
46. Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
47. Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia
48. Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan
49. Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan
50. Lengan kiri - Menepati janji dan rajin
51. Pipi kanan - Ramai teman
52. Tengah-tengah pipi kanan - Ramai yang suka
53. Tengah-tengah pipi kri - Ramai teman
54. Ubun-ubun - Kurang jujur
55. Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
56. Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
57. Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
58. Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup
59. Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup
60. Dada kanan - Dapat mengatasi masalah
61. Dada kiri - Berani, jujur dan sabar
62. Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh
63. Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya
64. Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan
65. Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong
66. Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan
67. Jari tangan kiri - Serba baik bekerja
68. Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros
69. Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat
70. Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria
71. Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat
72. Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf
73. Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya
74. Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri
75. Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan
76. Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta
77. Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya
78. Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha
79. Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya
80. Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka
81. Kelopak mata kanan bawah - Agak malas
82. Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksan

BIARLAH ORANG MENGATA

Biarlah orang mengata kita, jangan kita mengata
Biarlah orang memfitnah, jangan kita melakukannya
Biarlah orang menzalimi kita, kita maafkan saja
Biarlah orang mencaci kita, doakan petunjuk buat mereka

Bercakaplah yang memberi faedah, atau diam lebih baik
Kenangkanlah budi orang, lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang, lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang, lupakan kejahatanya

Alangkah baiknya, balas kejahatan orang dengan kebaikan

Wahai saudara-wahai saudari,
Itulah panduan kita
Jadikan ia panduan, di dalam pergaulan
Krisis tidak akan panjang, permusuhan tidak berlarutan
Itulah panduan, jika ingin aman dan harmoni

Tuan atau puan,
Begitulah Islam memberi panduan
Untuk keselamatan hamba-hambaNya di dunia
Tidak ada pada ajaran, agama-agama lain
dan sebarang ideologi,
Hanya ada pada Islam yang sejati

Begitulah sebahagian, ketika didalam pergaulan
Marilah kita bersama-sama, mengamalkan bersungguh-sungguh
Walaupun berat sekalipun penat, Untungnya banyak di dunia akhirat

Tulisan: Mauizoh Alexendria

ALLAH MEMANGGIL KITA 3 KALI

1.Panggilan pertama adalah Azan.

‘Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, DIA tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita.

Kadang kala kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan AzanNya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti’.

2. Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji.

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’ . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam.

Yang mempunyai wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaik Allahuma Labaik’, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu’.

3. Dan panggilan ke-3 adalah KEMATIAN.

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh.

Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah. Insya Allah syurga adalah balasannya

KENAPA SESETENGAH LELAKI BERUBAH SETELAH BERKAHWIN

Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?

SUAMI ITU LELAKI

-Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran, keberkesanan dan pencapaian.

-Mereka beri tumpuan kepada benda, objek dan barang demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham, perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.

ISTERI ITU PEREMPUAN

-Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan, perhiasan, fesyen dan kecantikan.

Kenapa Pentingkan Suami Berbual-Bual Dengannya?

1. Sebab, isteri itu seorang perempuan. Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh 'bersembang' atau 'bergayut' pada telefon berjam-jam lamanya.

2. Orang perempuan mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat 'tentang' dan 'untuk' diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting - 'apa perasaan mereka terhadap orang-orang yang mereka temui itu'.

3. Mereka inginkan 'verbal attention' yang boleh membuatkan mereka rasa dikasihi. Bagi mereka, selagi 'penumpuan' dan 'perhubungan' ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat dijamin. Perkahwinan sebenarnya menyatu-temukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak berkesan, 'perbualan sihat' tidak wujud.

KESIMPULANNYA:
1. Perbualan antara suami dan isteri dapat mengekalkan ikatan perkahwinan.
2. Perbualan dapat memindahkan maklumat tentang apa yang mereka inginkan, bagaimanakah perasan dan apa yang difikirkan oleh pasangan masing-masing

5 KESILAPAN DALAM BERCINTA

CINTA MATERIALISTIK :
Bercinta disebabkan harta, wang ringgit (selalunya perempuan, tapi bukan semua) Selagi pasangan tu berduit, selama tu la "si dia" akan setia. Tapi bila dah pokai, "si dia" pun dah hilang tak nampak bayang.


CINTA NAFSU :
Yang ni tak kira jantina, dua-dua sama je, luah kata cinta, sayang, kasih dan sebagainya hanya semata-mata inginkan tubuh. Lepastu, bila perut dah boroi, dah gelember sana-sini mula lah angkat kaki.


CINTA KERANA USIA SUDAH MENJELANG SENJA :
Yang ni pasal takut orang mengata kita ni anak dara tua atau bujang terlajak, So sapu je lah sape-sape. Padahal dalam hati takde perasaan pun. Macam mana nak kekal?


CINTA BALAS BUDI :
"Minah, kau kena kawen jugak dengan anak Pak Jali ! mereka dah banyak tolong kita, tu kau dapat sambung belajar tu pun atas ihsan Pak Jali, bapak tak kira, kau mesti patuh kata bapak ! Tak ke depressed si minah tu, kena pulak ada bf kat Uni. Haishhh terpaksa bekorban.


CINTA SIMPATI :
Si gadis tersedu-sedu menangisi nasib diri ditinggalkan. Si teruna setia memujuk !
Hah ni macam dah mem-volunteerkan diri sendiri ni, kan si gadis dah rasa disayangi *konon*. Padahal cuma rasa kasihan dan simpati je. Terpaksa lah terima..takut-takut bunuh diri pulak si gadis tu.

KITA ADALAH DIRI KITA

Kita bukannya baik untuk kata kita baik
kita bukannya pandai untuk kata orang lain bodoh
kita bukannya kaya untuk kata orang lain miskin
kita bukanlah hensem untuk kata orang lain hodoh
kita bukanlah lawa untuk kata orang lain tak cantik
kita bukanlah alim untuk kata orang lain tak sembahyang
kita bukanlah kuat untuk kata orang lain lemah
kita bukanlah berani untuk kata orang lain penakut

kesimpulannya...KITA ADALAH DIRI KITA
dan kita bukanlah siapa-siapa.

Moral: Jangan suka menghina orang.

Sumber: Akak Disebalik Pintu

AIR LIUR UBAT YANG MUJARAB

Kenapa haiwan suka menjilat tubuh mereka? Kenapa ibu kucing menjilat mata dan tubuh anak kucing yang dilahirkannya? Tahukah anda bahawa haiwan dilindungi alam dan mempunyai naluri untuk mudah sembuh daripada luka yang biasa berlaku? Luka yang disebabkan oleh haiwan pemangsa sering kali menyebabkan penularan bakteria kepada mangsa. Secara naluri, haiwan yang luka akan menjilati lukanya untuk membersihkannya dan menyebarkan minyak tubuh ke dalam jaringan yang terluka. Minyak ini bertindak sebagai anti-jangkitan bakteria dan seterusnya melindungi haiwan itu.

Haiwan yang paling jinak dengan orang Melayu ialah kucing. Kucing baik untuk dipelihara kerana kucing memiliki kebolehan untuk mengesan penyakit dan kemudian mengubatnya dengan menjilat. Sekiranya sesiapa dalam keluarga anda (disimpang Malaikat hendaknya) menderita sakit terkehel, salah urat atau pegal-pegal, hulurkan sahaja bahagian tubuh yang sakit itu kepada kucing anda. Kucing anda itu akan menghidu-hidu seketika dan kemudian menjilatnya. Tidak lama kemudian, sembuhlah sakit itu. Justeru sekiranya kucing anda tiba-tiba menjilat anda, jangan ditepis atau dipukul kucing itu, wlaupun anda terasa geli. Bahagian yang dijilat itu mungkin merupakan punca penyakit dan jilatan yang mengeluarkan air liur itu pula merupakan penawar atau ubat kepada penyakit itu.


Air Liur – Air iur adalah cairan bening yang dihasilkan dalam mulut manusia dan beberapa jenis haiwan. Air liur berfungsi membasahi makanan untuk membantu mengunyah dan menelan. Air liur juga mengandung enzim-enzim yang memulai dan memudahkan proses pencernaan. Fungsi lain air liur adalah membersihkan mulut daripada bakteria dan membasuh partikel makanan. Air liur yang berada di mulut merupakan bahagian terpenting dalam perawatan rongga mulut. Di dalam air liur terkandung sistem pertahanan alamiah yang berfungsi menjaga keseimbangan ekologi flora mulut. Cairan yang dikeluarkan oleh kelenjar liur secara terus menerus membersihkan mulut. Oleh sebab itulah, jika seseorang kurang meminum air, maka kebersihan mulut akan berkurangan.


Menurut satu kajian sains, zat dalam air liur dapat menyembuhkan luka. Saintis mendapati bahawa protein kecil di dalam air liur yang sebelum ini dipercayai hanya dapat membunuh bakteria, berguna juga untuk menyembuhkan luka. Sebab itulah, luka pada gusi yang baru dicabut giginya cepat pulih berbanding dengan luka di bahagian anggota tubuh yang lain. Saintis juga menjangka, air liur boleh menjadi ubat kepada penderita penyakit kencing manis yang buruk kakinya atau mereka yang mengalami kelecuran atau kebakaran pada kulit.


Pengubatan Cara Lama


Menurut orang tua-tua Melayu dahulu, terdapat beberapa petua tentang penggunaan liur sebagai ubat. Dikatakan, sekiranya bayi yang baru lahir panas suhu badannya, si ibu atau ayah disuruh menjilat ubun-ubun bayi, telapak tangan kedua tangan dan telapak tangan kedua kaki. Menjilat harus dimulai dengan anggota yang kiri dahulu. Panas tubuh bayi itu akan serta merta beransur turun.


Petua menggunakan liur untuk mengubat luka kecil juga sering disyorkan oleh orang tua-tua. Sekiranya jari terluka atau terhiris, kita disuruh cepat-cepat masukkan ke dalam mulut. Dikatakan darah akan berhenti mengalir dan luka cepat sembuh. Sekiranya bahagian lain yang luka, ambil sedikit air liur sendiri dengan satu jari. Selepas itu, baca selawat sebanyak 7 kali. Selepas membaca selawat, sapu di bahagian yang luka. Nescaya cepat sembuh.


Menurut orang tua-tua, sekiranya seorang kanak-kanak masih lambat bercakap walau sudah berusia 3 tahun ke atas, lidah kanak-kanak itu perlu ditarik keluar lalu dikerik dengan cincin. Ini supaya liurnya keluar sempurna, tidak bertakung di dalam mulut lantas dapat menggalakkan kanak-kanak itu segera bercakap.


Kebiasaan orang Melayu dahulu ialah menjilat bahagian tubuh yang sakit kerana dikatakan, penderita akan cepat pulih. Kebiasaan ini mungkin didapati daripada pengamatan terhadap tingkah laku haiwan yang sakit.


Sirih dan Air Liur


Pemakan sirih mempunyai air liur yang banyak kerana air liurnya terangsang oleh rasa sirih pinang dan tembakau. Disebabkan campuran ramuan sirih, air liur pemakan sirih berwarna merah. Dahulu, ada orang kampung mengamalkan mengunyah sirih dan membuang liurnya ke dalam sebuah bekas khas. Air liur yang terkumpul itu kemudian digunakan untuk tujuan pengubatan dan urut. Dikatakan, ramuan sirih yang sememangnya berkhasiat, apabila bercampur dengan air liur, menjadi bahan yang amat mujarab sebagai penyembuh penyakit kulit dan tulang. Ini juga dapat menjelaskan mengapa dalam beberapa pengubatan tradisional mempunyai kaedah sembur. Maksudnya, bomoh akan mengunyah sirih pinang dan kemudian menyembur si pesakit. Ada juga yang hanya berkumur air jampi dan kemudian menyembur pesakit.


Air Liur Orang Mulia


Dahulu, sekiranya seseorang yang dianggap mulia dan berilmu tinggi seperti ahli agama atau guru minum air, ramai yang menantikan peluang mengambil bekas minuman orang mulia itu. Mereka percaya bahawa bekas air minuman itu amat berkat kerana mengandungi sisa air dan air liur orang yang mulia. Bekas itu kemudian digunakan tanpa dicuci, dengan menambah air masak. Biasanya, air minuman itu diberikan kepada anak-anak mereka yang kurang pandai belajar atau nakal tingkah lakunya.


Kepercayaan ini turut tercatat dalam kitab Sulalatus Salatin. Diriwayatkan, pengislaman Raja Samudera iaitu Merah Silu, turut melalui mimpi. Baginda bermimpi didatangi Nabi Muhammad SAW. Mulutnya diludahi oleh Nabi. Apabila baginda tersedar, baginda sudah boleh membaca ayat-ayat Al-Quran dengan fasih dan lancar.


Pantang Meludah


Kita meludah apabila air liur kita melimpah atau kelenjar air liur keluar lebih banyak daripada sepatutnya. Air liur yang dibuang itu adalah ‘meludah’. Faktor yang menyebabkan air liur keluar lebih banyak juga disebabkan rangsangan pancaindera kita. Misalnya, rasa pahit, pedas dan masin. Bau busuk boleh membuat kita mual lalu meludah. Keadaan kerongkong yang tidak sihat menyebabkan batuk dan kahak juga membuat kita meludah. Begitu juga dengan emosi jijik, muak, menyampah, jengkel, geram dan marah.


Dewasa ini, meludah dianggap perbuatan yang kotor dan mengotorkan pemandangan. Air liur orang yang sakit juga membawa bakteria penyakit dan boleh mengakibatkan penyakit merebak. Meludah juga dianggap satu perbuatan yang negatif apabila perbuatan meludah dilakukan ke atas tanah di hadapan orang lain. Apatah lagi, kalau kita meludah ke muka atau tubuh orang lain. Perbuatan itu boleh membawa pergaduhan kerana meludah sebegitu adalah satu penghinaan dan mencabar orang yang diludah.


Natijahnya, walaupun ludah dianggap ubat yang berkhasiat menyembuhkan luka, meludah sebarangan pula boleh mengakibatkan kekotoran dan persengketaan. Sesungguhnya meludah dianggap perbuatan negatif dan terpancar dalam peribahasa Melayu. Meludah ke langit hanya membawa kesusahan sendiri kerana cuba melawan orang yang berkuasa. Kalau meludah jilat kembali, samalah ertinya dengan orang yang tidak berpendirian kerana setelah menghina seseorang, orang itu dimuliakan kembali.


SUMBER: Noor Hasnah Adam

BERITA BURUK UNTUK SI BAPA!

 BAYI HARUS BERKONGSI KATIL IBU SEHINGGA 3 TAHUN

Berita buruk untuk golongan lelaki yang bergelar Bapa...nasihat kontroversi ini adalah dari pakar kanak-kanak, dilaporkan bahawa bayi anda sepatutnya tidur di sisi ibu mereka sehingga berumur sekurang-kurangnya tiga tahun. Pakar mendakwa bayi yang berusia dua hari jika diletakkan di atas katil tidur sendirian mendapati bayi berkenaan kurang tidur berbanding bayi-bayi yang terlena di sisi ibu atau atas dada ibu.

Seperti yang dipetik sari Dailymail, pakar tersebut juga menyatakan bahawa jantung bayi berada di bawah tekanan sebanyak tiga kali ganda apabila bayi itu tidur di atas katil sendirian tanpa ibu di sisinya. Tidur berjauhan dikhuatiri menjadikannya lebih sukar untuk ibu dan bayi menjalin hubungan kasih sayang malah boleh merosakkan perkembangan otak, dan membawa kepada kelakuan buruk apabila bayi itu membesar. Dr Nils Bergman, University of Cape Town, Afrika Selatan, mengatakan bahawa untuk pembangunan optimum, bayi yang baru lahir sihat perlu tidur di atas dada ibu mereka untuk beberapa minggu pertama. Selepas itu, mereka harus tidur bersama ibu sehingga mereka berusia tiga atau empat tahun